Tuesday, 9 April 2013

Kebangkitan suara Rakyat Pulau Pinang vs Manisfesto Pakatan Rakyat

MM keluar perkena roti telur di Area Bukit Gambir bersama rakan-rakan dan memandang sebuah bilboard yang besar terpajak di tepi jalan berdekatan pintu masuk USM. Di sana tertulis "Hapus PTPTN dan Pendidikan Percuma" dan disertakan satu kain rentang tertulis "Jangan Tertipu" isu nya disini bukan Manisfesto yang hendak dibincangkan dan menjadi perhatian MM tapi kain rentang yang tersergam indah dengan kata-kata dan mesej yang ingin disampaikan oleh semua suara rakyat di Pulau Pinang dan MM percaya Mahasiswa di sana turut bersetuju dengan Kain rentang tersebut kerana mereka Mahasiswa yang cerdik pandai dan bijaksana tidak akan TERTIPU dengan Manisfesto Mengarut itu.
Ayuh rakyat dan Mahasiswa bangkit dan tunjukkan sokongan anda yang padu pada Kerajaan Malaysia yang didokong oleh BN dan UMNO.MM percaya dan sangat percaya yang Mahasiswa akan terus bersama kepimpinan sebelum ini kerana mereka sudah meluat dan menyampah dengan Manisfestipu PR ini.
Dalam perjalanan pulang menuju ke Sg Dua depan pintu masuk USM MM lihat ada satu lagi Bilboard yang sama dan disertakan kain rentang yang sama yang MM anggap satu kejayaan besar dan satu pujian MM kepada kepercayaan Rakyat P.Pinang dan Mahasiswa dengan keperihatinan mereka dengan Manifestipu PR yang hanyalah angan-angan kosong yang tidak sama sekali membela mereka.
Tahniah MM ucapkan kepada para Mahasiswa kerana tidak tertipu dengan Manisfestipu PR ini. Semoga para Mahasiswa menilai dengan baik dan jadikan martabat mahasiswa diperingkat teratas dan menjadi pembela negara pada masa hadapan.
Oklah MM akan mencari dan terus mencari kekuatan dan kekuatan untuk memastikan MM menjadi pejuang kepada suara Mahasiswa dan Rakyat Malaysia.
Selamat kan Malaysia dari Anasir Tangan Asing...
Ikuti Blog-blog Mat Meon Doh dalam pelbagai versi yang memaparkan isu-isu yang hangat dan tidak dapat di baca dimana-mana buku dan majalah.

P/S MM akan membawa satu isu yang sangat hangat berkaitan satu video yang penuh sensasi dianggap sebagai yang boleh membuatkan mata anda terbeliak dan otak anda mengelegak...nantikan



No comments:

Post a Comment