Inilah yang kita mahu..Rakyat makin luntur kepercayaan kepada PKR dan Bang Non..disini terbukti UMNO dan BN pilihan rakyat Malaysia
250 ahli PKR Gombak keluar parti
KUALA LUMPUR 9 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Gombak yang diketuai Timbalan Presiden, Azmin Ali kini tempang selepas sebanyak 250 ahlinya bertindak keluar daripada parti itu.
Tindakan itu diketuai oleh Timbalan Ketua Cabang PKR Gombak, Abu Bakar Ninggal dan ahli jawatankuasanya, Mazlan Abdul Rashid.
Serentak itu, mereka juga menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar selepas hilang kepercayaan terhadap PKR khususnya Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin.
Abu Bakar ketika ditemui berkata, PKR jauh tersasar daripada perjuangan memartabat bangsa, agama dan negara kerana Anwar serta Azmin dilihat meletakkan kepentingan peribadi melebihi segalanya selain turut diselubungi masalah moral kronik.
"Kepercayaan saya terhadap PKR, Azmin dan Anwar semakin terhakis sejak beberapa tahun lalu rentetan pelbagai isu yang menyelubungi parti ini. PKR tidak lagi membela bangsa, agama dan negara tetapi hanya ghairah mahu menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri.
"Apatah lagi Anwar dan Azmin juga diselubungi masalah moral. Jadi kami melihat hanya UMNO dapat membela nasib bangsa setelah kami membandingkan apa yang berlaku di Selangor," katanya dalam Majlis Pengisytiharan Keluar PKR di Batu 10, Gombak di sini malam tadi.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Gombak, Rahim Kamaruddin, Penyelaras Barisan Nasional Gombak Setia, Datuk Said Anuar Said Ahmad serta gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI).
Dalam pada itu, Noh berkata, siri pengisytiharan keluar parti oleh pemimpin PKR sama ada mereka yang terbabit sebagai pengasas atau ahli di peringkat akar-umbi harus membuka mata rakyat bahawa parti pembangkang tidak layak dipilih mentadbir Selangor apatah lagi negara.
Menjadikan kes penindasan terhadap Majlis Amanah Mara (Mara) sebagai contoh, beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, kerajaan PKR Selangor mentadbir secara zalim kerana bertindak meraih keuntungan atas kesusahan rakyat.
"Apabila sekolah Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kubu terbakar dan pelajar mereka diletakkan sementara di bangunan milik kerajaan negeri, kerajaan Selangor mengenakan sewa sehingga RM723,000 untuk tempoh tiga bulan. Anak-anak yang belajar di MRSM ini siapa?
"Apa salahnya kita bagi percuma kepada pelajar-pelajar ini menumpang tidur, mandi dan belajar, tetapi kerajaan PKR Selangor melihat nilai kemanusiaan itu dari sudut keuntungan kerana negeri ini ditadbir seperti sebuah syarikat," katanya.
1
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130410/po_13/250-ahli-PKR-Gombak-keluar-parti?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed#ixzz2Q19kJauQ
© Utusan Melayu (M) Bhd


No comments:
Post a Comment